BATU PAHAT – Pas meminta agar pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menguruskan parti mereka sendiri
dan tidak campur tangan hal berkaitan dengan bekas Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, termasuklah hukuman yang bakal
dikenakan ke atas beliau kerana kenyataan yang dikeluarkan terhadap
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apa juga hukuman bakal dikenakan terhadap Nizar adalah hak Pas, bukannya hak Umno atau BN menentukannya.
Menurutnya, Pas tidak perlu tunduk kehendak Umno dan BN, begitu juga dengan nasihat yang diberikan.

No comments:
Post a Comment