dari PING BUSUK.COM

Friday, June 22, 2012

dari Albangi's blog - Senarai Cybertroopers UMNO


 

Antaranya cybertrooper ini ialah:
  • Zamzuri Mohamad Tahir
  • Bro Ayim
  • Irwan Hadzly Abd Rahim
  • Anwar Sewel
  • Alexender Da Greatt II
  • Alexander Azar Chambelain
  • Court Maargaret
  • Winablecandidate Larut
  • Angkatan Pemikir
  • Tiger Nilam
  • Cincin Emas
  • Ismit Ulam Raja
  • Puteri Ellysa Betty Shah
  • Satria Merdeka

dari KEDAH LANI - Geng Penari punggung kena 'gertak' dengan bini Zahid Hamidi

Veteran tentera dakwa terima amaran dari isteri menteri

Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.

NONEMenurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.

"Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya.

Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa isteri Zahid Hamidi juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Ali kemudian menunjukkan satu kiriman SMS di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef".

BACA LAGI DI SINI  http://www.kedahlanie.info/2012/06/geng-penari-punggung-kena-gertak-dengan.html

dari ANAK SUNGAI DERHAKA - Untuk kali kedua Utusan disahkan fitnah Guan Eng dan diarah bayar RM200,000



Sekitar December 2011, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah mengesahkan Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bukanlah anti Melayu atau anti Islam sebagaimana yang difitnahkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Oleh itu Hakim Vargahse a/l George Varughese dalam penghakiman kewangan mengarahkan Utusan membayar denda RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 kos kehakiman.

Laporan berkenaan sila baca di ( SINI ) Dan hari ini pula sekali lagi Guan Eng memenangi satu lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar milik Umno tersebut, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru.

 

dari ANAK SUNGAI DERHAKA - Cikgu Normala sahkan Blogger UMNO fitnah dia.. dan akan saman!

Cikgu Normala sahkan Blogger UMNO fitnah dia.. dan akan saman!


Bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor, Normala Sudirman hari ini menafikan dirinya mengisi borang keahlian Umno.


Normala berkata, dakwaan tulisan blog ‘Khazanah Minda Politik Melayu’ itu hanya fitnah jahat yang sengaja direka orang Umno.

Penulis blog itu mendakwa wujud perselisihan antara Normala dengan PAS Johor berkaitan bantuan kewangan selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai guru dan tewas bertanding pada tahun 2010.


BACA LAGI DI http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/06/cikgu-normala-sahkan-blogger-umno.html

dari MILO SUAM - Rafizi Ramli berjanji sunat sekali lagi jika lompat parti

BELUM habis dengan isu perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor semalam.

Difahamkan ada pihak yang menimbulkan spekulasi liar kononnya Rafizi Ramli akan menyertai barisan katak-katak pisang yang telah melompat parti sebelum ini

Sehubungan itu, Rafizi di laman Twitter milik beliau memberi jaminan bahawa beliau berjanji akan bersunat sekali lagi jika bertindak melompat parti [Twitter]



Dalam nada yang dilihat tegas, beliau turut mencadangkan agar semua wakil-wakil rakyat membuat aku janji sepertinya.

dari ANAK SUNGAI DERHAKA Pelakon Hairie Othman akan sertai PAS 6 Julai ini..


Selepas penyanyi "Janji Manismu" yang memenangi Anugerah Juara Lagu 1990, Aishah menyertai PAS manakala rakan seperjuangannya, penyanyi lagu popular hari raya, "Senandung Hari Raya Buatmu", Dayangku Intan menyertai KEADILAN, kini tiba saatnya buat DUA orang lagi karyawan seni tanah air bersama-sama dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon siri kepolisan popular Gerak Khas yang memegang watak ACP Zulkifli, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 Julai ini.
 

dari AMENO WORLD - Blogger pakatan rakyat kena tipu dengan utusan super impose.

Aku tatau sapa yang REKA gambar super impose neh tapi ramai sangat orang2 pro pakatan rakyat ingat benda neh ori beb.

Kat bawah neh sah2 utusan palsu. Super impose. Bab berita bawah tue rekaan jek. Mana ada utusan keluarkan versi berita cam kat bawah neh. Versi online dengan versi cetakan mesti selari punya. Tak pernah lagi muka depan versi cetakan dan versi online di buat berbeza oleh utusan.

Akan datang aku tak jamin arh..


Versi original punya macam kat bawah neh oke ;

dari MILO SUAM - Papagomo tumbuk muka blogger Umno usia 53 tahun

KELMARIN MiLo SuaM ada menulis di Twitter tentang kisah blogger ikon fitnah Umno, Papagomo menumbuk seorang blogger Umno di bawah Unit Media Umno, UMB iaitu blogger APA, Aku Peduli Apa [Twitter].

Maklumat ini dihantar oleh salah seorang sahabat dipercayai daripada Umno, melalui email. Apa pun, ReJaM© malas nak ambil berat email tersebut kerana bimbang ia sekadar perangkap ataupun tuduhan liar dengan muslihat tertentu.
 

Sunday, June 17, 2012

dari anak Sungai Derhaka - Tamrin dedahkan kerana Muhyiddin, Johor hilang RM405 juta

Belum pun terjawab siapa sebenarnya yang membayar sewa rumah seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin menjawat jawatan di peringkat pusat sejak 1995, satu lagi pekungnya semasa menjadi menteri besar Johor terbongkar!

Terbaru, penceramah Pakatan Rakyat, Tamrin Ghafar menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili menteri tersebut.

Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, anak kepada timbalan perdana menteri, Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.

"Adakah awak ingat sewaktu beliau menjadi menteri besar dalam isu ladang Stamford Holdings, kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan akhirnya diselesaikan di luar mahkamah?

PROJEK LADANG SEJAHTERA DI GUNUNG INAS - Jawab balas pembohongan Utusan

KENYATAAN BALAS BERHUBUNG PEMBOHONGAN AKHBAR UTUSAN BERTARIKH 11 JUN 2012 DAN PEMBOHONGAN BULETIN UTAMA TV3 PADA 11 JUN 2012 BERKAITAN PROJEK LADANG SEJAHTERA DI GUNUNG INAS, DAERAH BALING, KEDAH
Keratan Akhbar Utusan Malaysia 11 Jun 2012
  • Akhbar Utusan bertarikh 11 Jun 2012 telah menyiarkan satu laporan khas bertajuk “Pas Kedah rakus teroka balak, tarah bukit”. Laporan tersebut menyebut kegiatan balak yang tidak terkawal di Gunung Inas, Daerah Baling di bawah pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) telah menyebabkan kemusnahan sistem ekologi dan menjejaskan kehidupan lebih 2,000 penduduk di sekitarnya. Buletin Utama TV3 melaporkan perkara yang sama dan turut membangkitkan isu kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi projek tersebut.



dari Ameno World - GEMPAR Gambar rumah baru Nik Aziz yang berjuta-juta tersebar

kah kah kah
Mohon utusan cepat2 siarkan pendedahan panas anti seme salah umno kat paper dorang cepat2. Ini kan pendedahan yang panas lagi berapi. Rugi wooo tak cetak dalam akhbar. Mari lah sahut fitnah ASSU. Lagi banyak lagi bagus. Boleh larh aku tambah bukti baru kat koleksi kebodohan umno beb. Kalau ada yang sudi menaja boleh larh aku edarkan dalam buku cetakan untuk edaran.
kah kah kah

Menurut info yang aku dapat, rumah di atas neh sebijik cam rumah tokei beras yang kaya raya di perlis. Sedang dalam pembinaan. Sebijik dan serupa. Cam kembar seiras. Selama neh aku sangka binatang dan manusia jek yang ada kembar. Tak sangka plak rumah pun ada kembar. Ini rare. Boleh masuk dalam catatan sejarah beb.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/gambar-rumah-baru-nik-aziz-yang-berjuta.html#ixzz1y3MqphzJ

dari Anak Sungai Derhaka - Najib Beli Panda, Anwar Latih Gorila

Tidak ramai yang menyedari akan kemunculan sebuah akhbar baru 'Malaysia Harini' yang dilancarkan pada pertengahan Mei 2012 yang lalu.
Ianya merupakan sebuah  penerbitan yang jelas menyokong UMNO/BN.


Bagi mendapat perhatian masyarakat Malaysia, Akhbar ini telah menurut jejak Utusan Malaysia dengan merekacipta cereka atau fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim.
Cuma yang membezakannya dari Utusan ialah, Utusan terpaksa menjual nama Awar walaupun dengan fitnah sekalipun bagi meneruskan hidup manakala akhbar ini pula menjual nama Anwar untuk mula hidup..

Tujuannya ialah supaya penerbitan mereka disaman oleh DS Anwar Ibrahim.. dan apabila disaman secara automatik mereka akan dipromosikan secara percuma oleh kebanyakkan media utama negara yang dikawal UMNO/BN.
Baca lagi di  http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/06/anwar-ibrahim-latih-gerila-di-indonesia.html

dari Kedah Lanie - Tilawah: Nik Aziz jelas sebab larang wanita

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wanita di Kelantan belum memahami erti sebenar aurat menyebabkan kerajaan negeri bertindak melarang mereka menyertai Tilawah Al-Quran sejak lebih 20 tahun lepas.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am Pas itu berkata larangan itu dibuat ketika Pas baru menerajui Kelantan pada 1990, di mana beliau berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam.

"Waktu kita (Pas) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan.

Rambut terbuka (tidak bertudung), kedai-kedai kerinting rambut banyak di Kota Bharu. Masing-masing nak tunjuk badan. Ini haram dalam Islam, bukan dalam Pas (sahaja). Itu aurat," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Perdagangan Dunia Islam  dan Konvensyen Halal Berasakan Dinar dan Dirham, di sini, hari ini.
baca lagi di  http://www.kedahlanie.info/2012/06/tilawah-nik-aziz-jelas-sebab-larang.html

dari Anak Sungai Derhaka - Habislah Anwar.. Ummi Hafilda kata dia ada 'Bukti Baru' kaitkan Anwar dengan RM3 Billion...

Masa negara kecoh dengan video sex terbitan Datuk ‘T’ dulu.. si Ummi Hafilda ini juga tumpang menyibuk untuk mencari populariti..


Datuk ‘T’ siarkan satu klip video sek seorang lelaki yang difitnah sebagai Anwar Ibrahim, Perempuan ni kata dia tahu ada 18 rakaman video seperti itu yang disimpan oleh seseorang.Bila negara kecoh pula dengan siapa dalang Video itu.. Perempuan ni kata dia tahu siapa yang menjadi dalang sebabnya dia dah dengar perkara ini 13 tahun lalu.. padahal tarikh pada video itu ialah tahun 2011.
Kata dia.. “Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan,” kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.

Tapi sampai sekarang tak didedah lagipun…
baca lagi di  http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/06/habislah-anwar-ummi-hafilda-kata-dia.html

dari kedah lanie - BN sedang tenat hadapi PRU13

KUALA LUMPUR: Umno-BN kini didakwa berada dalam situasi tenat kerana cemas berhadapan dengan kekalahan pada PRU13 tidak lama lagi.Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia dinilai berdasarkan kegagalan pentadbiran parti itu dalam menangani isu-isu yang timbul.
“Kita lihat BN kini berada dalam bahaya dan kemungkinan akan kalah pada pilihan raya umum akan datang. Kalau tak bahaya kepada BN, mengapa Najib tak buat pilihan raya sekarang?” tanya beliau 
Tambahnya, pentadbiran Umno-BN tidak mempunyai prinsip yang terbuka kepada rakyat dan sering berubah-ubah.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS memberikan contoh isu PTPTN yang dipolitikkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin.
“Khaled kata jangan bagi PTPTN pada pelajar Unisel, kenapa isu ini dipolitikkan?” katanya lagi.
 

dari free malays -Isu WWW 1: PAS akan uruskan Nizar

BATU PAHAT – Pas meminta agar pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menguruskan parti mereka sendiri dan tidak campur tangan hal berkaitan dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, termasuklah hukuman yang bakal dikenakan ke atas beliau kerana kenyataan yang dikeluarkan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.



Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apa juga hukuman bakal dikenakan terhadap Nizar adalah hak Pas, bukannya hak Umno atau BN menentukannya.

Menurutnya, Pas tidak perlu tunduk kehendak Umno dan BN, begitu juga dengan nasihat yang diberikan.

dari Amenoworld Betul ke PM lagi powerful dari SULTAN JOHOR? - PERKASA yang cakap.

Perkasa buat sidang akhbar. Dia desak Nizar mohon maaf dan buat satu sidang khas untuk minta maaf secara rasmi.





kah kah kah
LUCU!


Dah lama dah. Dah lama dah Nizar minta maaf. Aku siap tunjukkan protes lagi di atas tindakan Nizar tersebut. As far as i concern kan, ramai orang tak bersetuju pun dengan tindakan Nizar minta maaf. Kenyataan dia betul, tepat dan benar.

Ko boleh suka dan boleh tak suka, tapi kalau tak suka sekalipun mahupun terasa, itu masalah diri sendiri. Ini ialah demokrasi. Kita berhak bersuara. Kalau guna duit sendiri pun so what? Sebelum ia boleh menjadi duit diri sendiri, ia terlebih dahulu bukan duit diri sendiri.


dari MILO SUAM - Zamil kata Khalid Samad bodoh dan memalukan

BEBERAPA hari lalu, Ahli Parlimen Parti Islam, PAS Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan video rakaman bagaimana Bekas Ketua Pemuda KEADILAN Kedah, Zamil Ibrahim menjadi ejen Umno cuba membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat didakwa dengan bayaran RM2 juta [Sumber].

Pendedahan itu nampaknya dibalas dengan maki hamun orang yang terlibat, apabila dia berkata Khalid Samad bukan sahaja bodoh malah memalukan [Bernama].

Kenapa nak maki hamun derr?


Popular Posts